Search This Blog

Minggu, 05 November 2023

Pemandu, kelindan buang bahan toksik berbahaya secara haram ... - MalaysiaGazette

KULAI – Seorang pemandu dan kelindan lori ditahan semalam selepas dipercayai terlibat membuang bahan buangan terjadual dan mengandungi bahan  toksik berbahaya di Kampung Pemuda Jaya Seelong, di sini.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 46 dan 48 tahun itu ditahan anggota polis dari Balai Polis Senai pada jam 5.30 pagi ketika sedang melakukan pembuangan secara haram di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Dr Mohd Famey Yusoff berkata, kegiatan itu telah dilakukan suspek sejak bulan lalu sebelum penduduk membuat laporan polis selepas terhidu bau busuk.

Mereka dipercayai terlibat dalam mengumpul bahan buangan terjadual dan mengandungi bahan toksik berbahaya dari kilang-kilang berhampiran dan melupuskannya secara haram.

“Bahan yang disyaki  yang dibuang mereka berupa minyak terpakai dan beberapa bahan-bahan toksik.

“Bahan-bahan buangan ini berbahaya dan Jabatan Alam Sekitar pun telah membuat kepungan di kawasan tersebut supaya orang awam tidak memasuki kawasan ini,” katanya selepas meninjau tapak pelupusan haram berkenaan di Seelong Kulai hari ini.

Famey (kiri) melihat bahan buangan terjadual mengandungi bahan toksik di atas sebuah lori selepas seorang pemandu dan kelindan ditahan.

Mohd Famey berkata, siasatan anggotanya di bawah jambatan di lokasi kejadian menemukan kesan berwarna hijau dan merah di atas permukaan tanah serta cecair putih bewarna putih dan perang di dalam longkang yang berbau “tengik’’.

“Hasil siasatan JAS mendapati, sisa buangan itu mengalir ke dalam longkang bersebelahan kebun kelapa sawit berhampiran yang menghubungkan anak Sungai Tebrau.

“Pemeriksaan ke atas lori dibawa suspek turut menemukan 20 buah tong mengandungi cecair berwarna hitam, perang dan putih disyaki bahan buangan terjadual,” katanya.

Beberapa sampel buangan telah diambil dilokasi kejadian untuk dihantar ke makmal kimia untuk dianalisa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.- MalaysiaGazette

Adblock test (Why?)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Apun Bahan Scheme Assam 2024: Eligibility, Required Documents and Application Process - PM Scheme Hub

[unable to retrieve full-text content] Apun Bahan Scheme Assam 2024: Eligibility, Required Documents and Application Process    PM Scheme Hub